31 July 2009

Cara atasi motosikal hadapi masalah semput

ADA kemungkinan penalaan karburetor anda tidak tepat. Cuba periksa dan tukar jet digunakan, kemungkinan jet utama terlalu besar atau kedudukan jarum karburetor diangkat terlalu tinggi.

Ini menghasilkan campuran bahan api berlebihan dan membazir minyak. Periksa sama ada anda menggunakan palam pencucuh yang sesuai julat habanya dengan corak tunggangan anda.

Bagaimanapun, sekiranya masalah berkenaan masih berulang, cuba selenggara bahagian kebuk pembakaran dan karburator. Mendapan karbon juga salah satu faktor menyebabkan motosikal menjadi semput dan 'makan minyak'.

No comments:

Post a Comment