31 July 2009

Cara atasi motosikal hadapi masalah semput

ADA kemungkinan penalaan karburetor anda tidak tepat. Cuba periksa dan tukar jet digunakan, kemungkinan jet utama terlalu besar atau kedudukan jarum karburetor diangkat terlalu tinggi.

Ini menghasilkan campuran bahan api berlebihan dan membazir minyak. Periksa sama ada anda menggunakan palam pencucuh yang sesuai julat habanya dengan corak tunggangan anda.

Bagaimanapun, sekiranya masalah berkenaan masih berulang, cuba selenggara bahagian kebuk pembakaran dan karburator. Mendapan karbon juga salah satu faktor menyebabkan motosikal menjadi semput dan 'makan minyak'.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ." Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik...INSYALLAH

Jika berlaku

Jika berlaku salah satu daripada lima keadaan berikut pada diri pesakit semasa atau selepas bacaan ayat – ayat al-quran tersebut:

1. histeria.

2. mengantuk atau terlena.

3. atau bunyi pelik didalam rumah.

4. tiba-tiba berubah menjadi senyap/pendiam.

5. muntah ( santau ).

maka lakukan tindakan berikut:

1. Asingkan pesakit daripada orang ramai.

2. Selawat ke atas Nabi – 3 kali

3. surah Al fatihah – 1 kali

4. ayat Al Kursi – 1 kali

5. Baca Bismillahhirahmanirahim – 1 kali

6. tepuk di belakang pesakit ( antara dua tulang dayung )

segalanya dengan izinNya jua.

KEDENGARAN agak pelik

KEDENGARAN agak pelik, tetapi ramai kanak-kanak yang tidak bersarapan memberikan alasan tiada masa untuk makan.

Alasan lain mereka tidak bersarapan setiap hari termasuk tidak lapar, tiada selera, tiada makanan serta waktu terlalu awal untuk makan.

Kajian dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia yang tamat baru-baru ini, turut mendapati kira-kira 70 peratus daripada kanak-kanak di sekolah rendah bersarapan setiap hari manakala tiga daripada 10 kanak-kanak masih tidak bersarapan.

“Bukan sukar menyediakan sarapan mudah yang berkhasiat untuk anak-anak. Roti antara contoh mudah sarapan selain buah-buahan yang masih boleh dikunyah jika mereka terpaksa mengejar bas pada awal pagi. Selain itu, kanak-kanak juga perlu dilatih minum susu pada usia masih muda lagi,” kata Profesor Madya Dr Norimah A Karim.

Jika dilakukan perbandingan antara kaum, masyarakat India mencatatkan peratusan paling tinggi dari segi pengambilan sarapan setiap hari iaitu kira-kira 82 peratus, diikuti dengan masyarakat Cina (78.5 peratus) manakala pengambilan sarapan setiap hari untuk kanak-kanak Melayu pula kira-kira 63 peratus (peratusan lebih rendah berbanding pengambilan sarapan setiap hari di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak).

Kanak-kanak Melayu juga didapati paling ramai tidak mengambil sarapan langsung (8.8 peratus) manakala kanak-kanak India pula mencatatkan peratusan paling rendah iaitu 4.2 peratus.

Menurutnya, tabiat pengambilan makanan ringan bukan sesuatu yang memudaratkan asalkan makanan terbabit disediakan secara berkhasiat.

Malah penyediaan makanan ringan juga boleh dilakukan dengan mudah, sama seperti penyediaan sarapan dengan mengutamakan jenis makanan yang lebih berkhasiat.

“Ramai yang menggemari makanan sejuk beku tetapi kebanyakannya perlu digoreng terlebih dulu. Sebaiknya, elakkan makanan sedemikian kerana ada makanan sejuk beku yang tidak perlu digoreng.

“Pau kukus antara pilihan lebih baik, begitu juga dengan apam kukus. Menyediakan sandwic juga mudah, ditambah pula dengan intinya yang berkhasiat seperti telur dan tuna,” katanya.

Menurut kajian berkenaan, tabiat pengambilan makanan ringan membabitkan makanan kurang berkhasiat menunjukkan peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 37 peratus. Ini diikuti makanan ringan lain seperti biskut, roti, ais krim, coklat dan gula-gula.

Tidak ketinggalan, peratusan tinggi pengambilan makanan segera dengan kira-kira 20 peratus kanak-kanak menikmatinya lebih daripada dua kali seminggu manakala kira-kira 30 peratus daripada mereka menikmatinya sekali seminggu.